Friends till Jannah :)
Cik Sya Nasir
im simply a simple person . living a pretty simple life. hoping and praying to love and to always be loved by Allah Azzawajalla . praying for Jannah for both of my Mak and Abah . both of you know how i love you so much . that is all in all . tenkiu :)
Tuesday, 25 February 2014
Di kala ini :)
Hidup di tempat baharu. segalanya serba baharu. bertemu dengan rakan-rakan baharu yang mendukung niat serupa seperti hamba , yakni mahu melipat-kali ganda kan bekalan ilmu di dada . kali pertama menelusur langkah sulung di tempat serba baharu ini , hati mendetakkan rasa cuak buat beberapa ketika. persoalan demi persoalan yang tiada berjawapan menerajang rakus kotak minda remaja mentah sepertiku. syaitan memulakan profesion profesionalnya untuk menaburkan benih-benih curiga dalam dada. terdengar bisikan halus menjengah lembut dari dalam hati , " mampukah ank kampung seperti aku mendirikan makam cinta ilmu di sini ?" tempat ini jauh sama sekali berbeza dengan tanah kelahiranku nun di utara sana.. jantung terasa sesak menahan air mata... Allah ... Allah ... astaghfirullah ..... selawat serta istighfar membasahkan bibir hamba-Mu ini ya ALLAH..terasa keraguan yang hadir sejenak tadi mulai mengangkat kaki, lesap ...pergi...dan ku harap tak kembali lagi ... semakin lama ku telusuri jalan-jalan, lorong-lorong, simpang-siur, bulatan, traffic light, double-line , kawasan melintas , selekoh berbahaya dan u-turn di sini , terasa benda baharu yang belum pernah ku amati di sekelilingku kian membaharukan hati, jiwa , akal , minda , roh dan jasad diri. walaupun ada ketika dan kadangkala rindu kepada mak abah di kampung mencekik kewarasan diri yang lemah dibadai nafsu sendiri , NAMUN ... ku percaya ALLAH itu sentiasa bersama-sama hamba-Nya ... walaupun mak abah ku tinggalkan jauh di sana , namun ikatan cinta kami kekal berselari.. tak pernah bersilang noda... kerana mereka juga yakin bahawa Allah itu ADA... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
